Jumaat, 31 Oktober 2008

PERPUSTAKAAN DESA

Perpustakaan Desa diperkenalkan oleh PPAS kepada rakyat Negeri Selangor sejak tahun 1984 dengan pembukaan perpustakaan desa di Sabak Bernam dan di Sungai Masin, Hulu Selangor pada 1 April 1984. Perpustakaan Desa Sungai Plong mula menjalankan perkhidmatan pada bulan Julai tahun 1994. Perpustakaan ini memberi perkhidmatan perpustakaan secara penuh masa kepada penduduk setempat. Perkhidmatan Pinjaman, Perkhidmatan Rujukan, Perkhidmatan Maklumat Masyarakat adalah antara perkhidmatan yang diberikan oleh perpustakaan desa. Perkhidmatan yang terkini diberikan adalah kemudahan penggunaan komputer dan internet kepada penduduk dan masyarakat. Pembukaan perpustakaan ini telah dirasmikan oleh Y.A Bhg. Puan Sri Datin Hajjah Asbi Rohani bte Asnan (Isteri Y.A.B Menteri Besar Selangor) pada 4 April 1995 bertempat diperkarangan perpustakaan.
Dari mula perkhidmatan dijalankan sehingga Dis 2007. Perpustakaan ini telah menerima keahlian yang berdaftar seramai 1334 orang. Ahli Dewasa 405 orang, Ahli Remaja 370 orang dan Ahli Kanak-Kanak 559 orang.
Manakala perangkaan pinjaman buku yang telah direkodkan disepanjang perkhidmatan ialah sebanyak 190212 buah buku. Dari jumlah tersebut 55683 adalah pinjaman Dewasa, 52039 adalah pinjaman Remaja dan 82490 adalah pinjaman Kanak-Kanak.
Pada setiap tahun Perpustakaan Desa Sungai Plong akan membuat satu program aktiviti bagi mengalakkan komuniti datang ke Perpustakaan Desa seperti pertandingan catur, pertandingan harta karun, pertandingan bercerita, pertandingan sahibba dan pertandingan congkak

0 ulasan: