Khamis, 30 Oktober 2008

PENDIDIKAN


Tadika Sungai Plong telah dtubuhkan pada tahun 1980. Tadika ini ada dua aliran iaitu umur 6 tahun sesi pagi dari jam 0800 pagi hingga 1030 pagi seramai 36 pelajar dan umur 5 tahun sesi petang dari jam 1030 pagi hingga 0200 petang seramai 34 pelajar.



Sekolah Rendah Agama Paya Jaras (SRA PJ) terletak di Paya Jaras Tengah. Ianya bersebelahan dengan Dewan Serbaguna MBSA, kira-kira 500 meter dari Jln Kuala Selangor (Kepong-Kuala Selangor). Sekolah ini merupakan 'nadi utama' bagi asas pendidikan agama (Fardhu Ain & Kifayah) bagi anak-anak penduduk di Paya Jaras, Kubu Gajah, Sg Pelong dan yang berhampirannya.

Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Plong ialah sebuah Sekolah Rendah yang terletak di Batu 16, Jalan Sekolah kampung Sungai Plong, Sungai Buloh. Sekolah ini ditubuhkan pada 1928 dan telah berusia selama 75 tahun, mempunyai seramai 105 guru, 05 orang kakitangan pentadbiran dan seramai 2,300 orang murid. Aliran sekolah ini ialah pagi untuk darjah 1 hingga 3 dan 4 hingga 6 adalah sebelah petang. Nama guru besar bagi sekolah ini ialah Pn Siti Sarbanon bte Mohamad Amin. (No Tel: 60383576).


Sekolah Menegah Bukit Gading telah ditubuhkan pada 1965 dengan nama Darjah Menengah Kuang, Pada mulanya terdapat 74 orang pelajar di tingkataan 1 & 2 dan 5 orang guru. Mereka menupang bangunan SRK Kuang hingga 1977. Pada tahun 1970, sekolah ini ditukar nama kepada SM Kuang. Pada tahun yang sama kelas tingkatan 3 telah diwujudkan dan kali pertama nya peperiksaan SRP telah diadakan. Kelas Peralihan pula mula diwujudkan pada tahun 1973.


Pada bulan April 1977, SM Kuang telah berpindah ke tapak bangunan sendiri yang terletak di atas sebuah bukit. Pada mulanya, hanya terdapat 2 blok bangunan 2 tingkat (Blok A & B) pada tahun 1979, sebuah blok bangunan 2 tingkat (Blok C) dibina. Peperiksaan SPM yang pertama telah dilaksanakan pada tahun 1980. Nama SM Kuang kemudiannya telah ditukar kepada SM Bukit Gading pada tahun 1981. Pada mulanya SMBG adalah dibawah pentadbiran PPD Petaling. Pada 1985 SMBG telah diletakkan dibawah pentadbiran PPD Gombak.
Pada tahun 1986 dua buah blok 2 tingkat (blok D & E) telah didirikan bagi menampung enrolman pelajar yang semakin bertambah. Kemudian pada tahun 1995, 2 blok bangunan kilat (Blok F & G) telah didirikan. Pada 1998 pula, sebuah bangunan 3 tingkat dan sebuah bilik kebal dibina. Pihak pentadbiran dengan kerjasama PIBG telah berjaya mendirikan sebuah surau bernilai RM 60,000 pada tahun 1997. Surau ini kemudiannya telah dinaikkan taraf akhir tahun 1999 bagi menampung enrolmen yang telah mencapai jumlah 2500 orang.
Pada 1998 pihak sekolah telah membina sebuah tangki air daripada Y.B. Dato’ Chan Kong Choy bagi mengatasi masalah bekalan air yang menjadi masalah utama warga SMKBG sejak ditubuhkan.

Dari era 1960 hinggalah ke era 2000 SMKBG telah ditadbir oleh 11 pengetua yang berpengalaman yang terkini pengetua SMKBG ialah Pn Siti Endon bte Mohamad Dahlan. No Tel: 03 - 60383258

0 ulasan: