Selasa, 14 Julai 2009

BENGKEL PENYEDIAAN PROFIL KAMPUNG

Pada 24 Jun 2009 Satu ceramah motivasi dam muhasabah diri yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari Pegawai JASA Selangor Encik Rezduan bin Mohamad Dawood kepada Ketua -Ketua Kampung, Setiausaha Kampung JKKKP dan Puteri Umno dari Bahagian Parlimen Subang. Tajuk ceramahnya adalah Peranan JKKKP Memacu Pembangunan Masyarakat Dalam Konteks" 1 Malaysia… Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” .









Pada 25 Jun 2009 (Sesi Pagi) Ketua -Ketua Kampung, Setiausaha Kampung JKKKP dan Puteri Umno dari Bahagian Parlimen Subang sedang menyediakan dan mengkemaskinikan profil kampung Pelan Tindakan Pembangunan Kampung (PTPK) Gerakan Daya Wawasan ianya termasuk:-

1. Penganalisaan Maklumat dan Penentuan Masalah (Masalah Kampung).
2. Tindakan Untuk Menyelesaikan Masalah.
3. Potensi Kampung.
4. Pembentukan Ojektif Dan Rangka Tindakan.
5. Pembentukan Dokumen Program Dan Kelendar Aktiviti.









Pada 25 Jun 2009 (Sesi Petang)Ketua Kampung Kubu Gajah dan Ketua Kampung Sungai Pelong membuat perbentanganan kertas kerja Penganalisaan Maklumat dan Penentuan Masalah (Masalah Kampung), Tindakan Untuk Menyelesaikan Masalah, Potensi Kampung, Pembentukan Ojektif Dan Rangka Tindakan, Pembentukan Dokumen Program Dan Kelendar Aktiviti.

KLIP VIDEO BENGKEL PENYEDIAAN PROFIL KAMPUNG

video

SAMBUNGAN KLIP VIDEO BENGKEL PENYEDIAAN PROFIL KAMPUNG

video

Jumaat, 19 Jun 2009

MAXIS CYBERKIDS

Seramai 33 peserta PPIK seluruh Malaysia telah mengikuti Program ini selama 3 hari bermula 13 Jun hingga 15 Jun 2009 bertempat di Hotel Sheaton & Towers, Subang Jaya Selangor.

Sesi gambar beramai-ramai semasa tamat Program Latihan Maxis Cyberkids Bersama Komuniti
Kumpulan 7 yang bergelar nama Kumpulan 3G 1M Red Ants


Disaat ini Kumpulan 3G 1M Red Ants memberi penerangan tentang Aktiviti yang dijalankan di PPIK masing-masing.


Kumpulan 3G 1M Red Ants menerima sijil Penyertaan dari Puan Norlina binti Yunus .

Perasmian Portal Maxis Cyberkids yang di sempurnakan oleh Pengurus Besar, Jabatan Tanggungjawab Korporat, Maxis Communications Berhad.


KLIP VIDEO AKTIVITI PROGRAM

Aktiviti Sepanjang Program Latihan Penyelia Maxis Cyberkids Bersama Komuniti di Hotel Sherayon & Towers, Subang Jaya, Selango pada 13 Jun hingga 15 Jun 2009

video

AKTIVITI PEMUDA KAMPUNG SUNGAI PLONG SEMPENA MUSIM CUTI SEKOLAH JUN 2009

PERTANDINAGN KAROM
TERTUTUP SUNGAI PLONG
ANJURAN UMNO CAWANGAN SUNGAI PLONG
KELAYAKAN

Terbuka kepada semua penduduk tempatan yang tinggal di sekitar Sungai Plong, Sungai Buloh 47000 Selangor Darul Ehsan.

SISTEM / FORMAT PERTANDINGAN

1. Kejohanan ini dijalankan mengikut undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Persatuan Karom Malaysia.

2. Pertandingan ini dijalankan dalam acara Perseorangan sahaja.

3. Semua perlawanan dijalankan secara Liga di Pusingan pertama dan secara kalah mati di pusingan kedua dan pusingan seterusnya.

4. Permainan dijalankan set bola merah akan dikeluarkan.

TEMPAT PERTANDINGAN

Dewan UMNO Sungai Plong, Sungai Buloh 47000 Selangor Darul Ehsan.

TARIKH & MASA PERTANDINGAN

Bermula pada 30 Mei 2009 jam 0930 malam hingga 12.00 malam dan bersambungan pada hari yang berikutnya di masa yang sama.

TARIKH TUTUP

Semua borang penyertaan masuk mesti sampai kepada pihak penganjur 28 Mei 2009 iaitu satu hari sebelum hari pengundian pada 29 Mei 2009 jam 09.30 malam.

MELAPOR DIRI / PENDAFTARAN

1. Semua pemain mesti melapor diri di gelanggang permainan ½ jam sebelum perlawanan dimulakan.

2. Masa tambahan 15 minit akan diberikan kepada permainan yang lewat sampai.
Sekiranya permain tidak juga sampai dalam tempoh masa yang diberikan, kemenangan percuma akan diberikan kepada pihak lawan. Jika kedua-dua permain yang bertandingan lewat, kedua-dua akan dikira kalah.

KEPUTUSAN


Selain dari peraturan am di atas, Jawatankuasa Penganjur Pertandingan berhak meminda atau membuat peraturan-peraturan baru atau tambahan jika perlu di sepanjang Pertandingan ini dan keputusan Jawatankuasa Penganjur adalah muktamad.

PENGUNDIAN

Pengundian diadakan pada 29 Mei 2009 jam 09.30 malam di Dewan UMNO Sungai Plong, Sungai Buloh 47000 Selangor Darul Ehsan.


JADUAL PERLAWANAN

Jadual perlawanan akan dipamerkan di Dewan UMNO Sungai Plong.

YURAN PENYERTAAN

RM 3.00 bagi setiap seorang. Yuran mesti diserahkan bersama-sama dengan borang penyerahan masuk.

PERALATAN PERTANDINGAN

Papan Karom dan buah karom disediakan oleh Pihak Penganjur. Buah Pemukul “striker” tidak disediakan, Permain perlu membawanya sendiri.

PENGADIL

Pihak penganjur akan menyediakan pengadil disepanjang pertandingan. Keputusan pengadil adalah muktamad.


HADIAH

Johan - Menerima Piala Pusingan, Medal dan Sijil Penyerataan.
Naib Johan - Menerima Medal dan Sijil Penyertaan.
Ketiga - Menerima Medal dan Sijil Penyerataan.
Keempat - Menerima Hadiah Saguhati dan Sijil Penyertaan.


LAIN-LAIN

Pihak Jawatankuasa Penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan yang berlaku kepada permain-permain sepanjang kejohanan.


“Majulah Sukan Untuk Kampung Kita”

KLIP VIDEO PERTANDINGAN KAROM TERTUTUP 2009

video