MASJID JAMEK SUNGAI PLONG
Masjid Jamek Sungai Plong terletak di Lot 365,KM 25 Jalan Kuala Selangor. Mula dibina pada tahun 1927 dirasmikan oleh Tuan Haji Sulaiman bin Khatib Ketua Kampung yang pertama. Masjid ini pada asalnya hanya menggunakan sumber air Sungai Plong, sungai yang berhampiran dengan masjid ini. Sejajar dengan perubahan masa pada tahun 1963 masjid ini dinaikkan taraf perbangunannya. Masjid Sungai Plong manpu menampung 500 hingga 600 orang jemaah pada satu-satu masa. Masjid ini menjadi tumpuan orang ramai untuk beribadah kerana lokasinya yang strategik di mana ia terletak bersebelahan jalan raya utama menghubungkan Kuala Lumpur dan Kuala Selangor. Setiap Malam Masjid Jamek Sungai Pelong selalu mengadakan kelas-kelas agama berjadual dalam pelajaran Fekah, Akidah, Tajwid, Yassin, Mustika Hadis, Khatib dan pada petang Sabtu Kuliah subuh dan Tafsir bagi kaum Muslimah serta kuliah subuh setiap malam minggu.
0 ulasan:
Catat Ulasan