Selasa, 14 Julai 2009

BENGKEL PENYEDIAAN PROFIL KAMPUNG

Pada 24 Jun 2009 Satu ceramah motivasi dam muhasabah diri yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari Pegawai JASA Selangor Encik Rezduan bin Mohamad Dawood kepada Ketua -Ketua Kampung, Setiausaha Kampung JKKKP dan Puteri Umno dari Bahagian Parlimen Subang. Tajuk ceramahnya adalah Peranan JKKKP Memacu Pembangunan Masyarakat Dalam Konteks" 1 Malaysia… Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” .









Pada 25 Jun 2009 (Sesi Pagi) Ketua -Ketua Kampung, Setiausaha Kampung JKKKP dan Puteri Umno dari Bahagian Parlimen Subang sedang menyediakan dan mengkemaskinikan profil kampung Pelan Tindakan Pembangunan Kampung (PTPK) Gerakan Daya Wawasan ianya termasuk:-

1. Penganalisaan Maklumat dan Penentuan Masalah (Masalah Kampung).
2. Tindakan Untuk Menyelesaikan Masalah.
3. Potensi Kampung.
4. Pembentukan Ojektif Dan Rangka Tindakan.
5. Pembentukan Dokumen Program Dan Kelendar Aktiviti.









Pada 25 Jun 2009 (Sesi Petang)Ketua Kampung Kubu Gajah dan Ketua Kampung Sungai Pelong membuat perbentanganan kertas kerja Penganalisaan Maklumat dan Penentuan Masalah (Masalah Kampung), Tindakan Untuk Menyelesaikan Masalah, Potensi Kampung, Pembentukan Ojektif Dan Rangka Tindakan, Pembentukan Dokumen Program Dan Kelendar Aktiviti.

KLIP VIDEO BENGKEL PENYEDIAAN PROFIL KAMPUNG

SAMBUNGAN KLIP VIDEO BENGKEL PENYEDIAAN PROFIL KAMPUNG