Jumaat, 31 Oktober 2008

PUSAT PERKHIDMATAN ILMU & KOMUNITI

PENGENALAN

Program Pusat Perkhidmatan Ilmu & Komuniti (PPIK) ini di bawah projek Universal Service Provision (USP) di Fasa 5 yangmana ianya dianjurkan oleh Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK). Ada 250 buah pusat di seluruh Malaysia dan 20 buah pusat di Negeri Selangor Darul Ehsan salah sebuah di Sungai Plong. Waktu operasi jam 0900 Pagi hingga 1000 malam setiap hari isnin hingga jumaat pada hari sabtu dan ahad dibuka jam 0900 pagi hingga 0600 petang. Ditutup pada hari perayaan dan hari jadi Agung dan Sultan Selangor saja.

TUJUAN

Bagi merapatkan jurang digital antara yang kaya informasi dan miskin maklumat melalui pemberian kemudahan perkhidmatan komunikasi dan capaian internet kepada masyarakat luarbandar dan pendalaman .

OBJEKTIF

Memastikan komuniti mempelajari sesuatu yang baru untuk memudahkan urusan seharian. Memastikan komuniti memggunakan apa yang mereka telah pelajari melalui latihan dan bengkel yang disediakan oleh penyelia PPIK.

VISI

Merapatkan jurang digital dan jurang minda antara Bandar dan luar Bandar yangmana golongan yang miskin Maklumat/Teknologi dengan yang kaya dengan Maklumat/Teknologi.

MISI

· Memberi pendedahan kepada komuniti dengan cara menggunakan komputer.
· Memberi pendedahan kepada komuniti dan kegunaan internet.
· Menanamkan minat kepada komuniti dan penguna ICT (Teknologi Maklumat Informasi).
· Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan komuniti mengenai kemudahan Aplikasi Elektonik.

GOLONGAN SASARAN

Semua warga komuniti dipersekitaran PPIK.

PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN

Kursus/Latihan dan Bengkel secara PERCUMA.

1. KOMPUTER
2. INTERNET
3. KURSUS
4. LATIHAN
5. BENGKEL
6. MESIN PENGIMBAS
7. MESIN PENCETAK

8. FAX
9. FOTOSTAT
10. BINDING
11. LIMANATE
12. KAMERA DIGITAL

KESIMPULAN

Memberi Perkhidmatan ilmu dan maklumat kepada semua penduduk sejagat tentang kemudahan serta faedah dan latihan ICT bagi merapatkan jurang digital untuk menyahut seruan kerajaan bagi membina modal insan.
SUKATAN MATAPELAJARAN
PENGENALAN

1. Komponen-Komponen Asas Komputer
2. Pemasangan Komponen Komputer
3. Kuiz , Uji Minda Dan Permainan
4. Kredit

WINDOWS XP

1. Pengenalan
2. Asas Microsoft
3. Persekitaran Desktop
4. Menjelajahi Windows dan Taskbar
5. Menukar Wallpaper Dan Screen Saver
6. Program Aplikasi Windows
7. Mencipta Ikon Shorcut
8. Pengurusan Folder
9. Menukar Nama Folder
10. Keluar Dari Windows Dan Menutup Komputer

MICROSOF WORD 2003

1. Pengenalan
2. Antara Muka Microsoft Word 2003
3. Asas Membina Dokumen
4. Memasukkan Teks Serta Penyuntingan
5. Memformat
6. Jadual
7. Melukis Didalam Dokumen
8. Memasukkan Pelbagai Jenis Grafik
9. Menghasilkan Dokumen Yang Berkesan
10. Mencetak Dokumen

MICROSOF EXCEL 2003

1. Pengenalan
2. Buku Dan Lembaran Kerja
3. Memformat Lembaran Kerja
4. Memformat Data
5. Memasukkan Fungsi Atau Formula
6. Memcipta Carta Atau Graf
7. Mencetak Buku Kerja

MICROSOF POWER POINT 2003

1. Pengenalan
2. Pembinaan Persembahan
3. Pengurusan Persembahan
4. Memformat Teks
5. Memasukkan Objek-Objek
6. Memasukkan Unsur-Unsur “VISUAL”
7. Memulakan Persembahan
8. Mencetak Slalid

INTERNET

1. Pengenalan
2. Internet Explorer
3. Persekitaran Tetingkap Internet Explorer
4. Membuka Laman Web Menggunakan Alamat
5. Pencarian Laman Web Melalui enjin Carian
6. Menambah Laman Web Favorites
7. Memaparkan Sejarah Laman Web Yang DiLawati
8. Muat Turun Gambar Dan Fail Ke Komputer
9. Mencetak Maklumat Dari Laman Web
10. Pendaftaran Baru Akaun E-Mail
11. Membuka, Baca Dan Hapus E-Mail Dari Imbox
12. Menghantar Dan Menyimpan Alamat E-Mail
13. Membalas Dan Menghantar Fail
14. Menyimpan Dan Membaca Fail
15. Yohoo Messenger

KECERIAAN PPIK

Semua kemudahan yang ada di tempat kami digunakan secara percuma.


































Semuanya kami belajar secara berjadual dan perkhidmatan percuma......

LATIHAN KOMPUTER









KELAS KOMPUTER








BENGKEL KOMPUTER










Kepada anda yang ingin belajar atau ingin menggunakan kemudahan yang ada datanglah ketempat kami ataupun boleh menghubungi kami 012-2210070 (Encik Mohd Satar) kami sedia membantu anda apa jua perkhidmatan yang anda perlukan...........

SEJARAH KAMPUNG

KAMPUNG SUNGAI PLONG

Menurut cerita, pada mulanya Kampung Sungai Plong ini merupakan kawasan hutan. Kampung ini kemudiannya telah dibuka oleh tiga orang peneroka awal berketurunan Jawa iaitu:-

(i) Wak Satro;
(ii) Wak Kastono (Tono); dan
(iii) Wak Sirat.
Ketiga-tiga mereka berasal atau datang dari Kepong, Selangor. Dengan kedatangan ketiga-tiga peneroka awal ini barulah tempat ini menjadi sebuah kawasan perkampungan. Selepas itu, terdapat juga peneroka-peneroka daripada suku kaum Melayu yang lain iaitu orang Kampar (Sumatera) dan Melaka yang datang ke kampung ini pada sekitar tahun 1916 .

Menurut cerita juga, asal nama Sungai Plong ini ada versinya yang tersendiri. Ada pendapat mengatakan bahawa oleh kerana kampung ini asalnya kawasan hutan rimba, maka banyak “polong” iaitu sejenis hantu syaitan yang suka merasuk orang dikawasan ini pada masa lalu. Hantu polong ini dikatakan suka bergayut dan berbuai di pokok besar menjelang waktu senja.Sebab itulah kawasan tersebut dinamakan Sungai Polong pada asalnya tetapi lama kelamaan dipanggil Sungai plong sahaja.
Versi kedua mengatakan bahawa, ketika zaman British dahulu jalan di Kampung Sungai Plong ialah tanah merah dan kampung ini merupakan pertengahan jalan daripada Kuala Lumpur ke Kuala Selangor. Di kawasan tepi jalan merah ini terdapat sebuah sungai yang sangat jernih dan sejuk airnya. Namun begitu, oleh kerana hakisan tanah, sungai ini telah menjadi semakin besar dan menghakis kawasan sekitarnya. Oleh itu Pegawai Daerah British pada ketika itu telah mengarahkan pembinaan palong yang merentasi sungai di kawasan ini bagi mengelakkan faktor hakisan daripada terus belaku. Semenjak itu kampung ini dinamakan Kampung Sungai Plong singkatan daripada Sungai Palong.
Kawasan di mana terbinanya palong air ini terletak berhampiran dengan Masjid Jamek Kampung Sungai Plong hari ini. Sebenarnya, masjid asal telah didirikan pada tahun 1920. Antara bangunan lama yang dibina dan masih terdapat di kampung ini ialah seperti Sekolah Kebangsaan Sungai Plong yang didirikan pada tahun 1927.

Dari segi lokasi, kampung-kampung yang berhampiran dengan Kampung Sungai Plong ialah:

(i) Kampung Paya Jaras;
(ii) Kampung Merbau Sempak;
(iii) Kampung Kubu Gajah; dan
(iv) Kampung Melayu Subang.

Kampung Sungai Plong juga istimewa kerana bersempadan dengan empat daerah. Ia terletak di antara Daerah Petaling dan Daerah Gombak. Selain itu ia juga terletak berhampiran dan bersempadan dengan Daerah Kuala selangor dan Daerah Hulu Selangor.

Dari segi generasi pemimpin di Kampung Sungai Plong, nama-nama Ketua Kampung yang boleh dikenali pasti ialah:-

(i) Tuan Haji Sulaiman bin Khatib (1920)
(ii) Encik Abdul Rahman
(iii) Encik Hurmin bin Haji Sulaiman
(iv) Encik Mohd Din bin Sedik
(v) Tuan Haji Hashim bin Md Dom PJK (1983 – 2001)
(vi) Encik Alias bin Haji Karim PJK (2001 – 2008)
(vii) Encik Mohd Yusoff bin Haji Ismail (2008 – kini)

Dari segi fizikal, keluasan kampung ini adalah 509 ekar. Pada sekitar tahun-tahun 1980 an hingga 1990 an, tanaman getah merupakan tanaman utama penduduk kampung ini. Keseluruhan penduduk kampung ini pula terdiri daripada orang Melayu berketurunan Jawa, Minang dan Melaka. Unsur kesenian tradisional yang masih dikekalkan di kampung ini adalah tarian Zapin. Di Kampung ini juga terdapat bangun lama peninggalan zaman British seperti Pejabat Penghulu Mukim dan bangunan Balai Polis Sungai Plong. Pada masa lalu kawasan kampung ini sering mengalami banjir apabila hujan lebat.

Slogan yang menjadi pegangan masyarakat kampung ini ialah
Adat Berkampung Hidup Bermuafakat’.

POPULASI PENDUDUK






PERPUSTAKAAN DESA

Perpustakaan Desa diperkenalkan oleh PPAS kepada rakyat Negeri Selangor sejak tahun 1984 dengan pembukaan perpustakaan desa di Sabak Bernam dan di Sungai Masin, Hulu Selangor pada 1 April 1984. Perpustakaan Desa Sungai Plong mula menjalankan perkhidmatan pada bulan Julai tahun 1994. Perpustakaan ini memberi perkhidmatan perpustakaan secara penuh masa kepada penduduk setempat. Perkhidmatan Pinjaman, Perkhidmatan Rujukan, Perkhidmatan Maklumat Masyarakat adalah antara perkhidmatan yang diberikan oleh perpustakaan desa. Perkhidmatan yang terkini diberikan adalah kemudahan penggunaan komputer dan internet kepada penduduk dan masyarakat. Pembukaan perpustakaan ini telah dirasmikan oleh Y.A Bhg. Puan Sri Datin Hajjah Asbi Rohani bte Asnan (Isteri Y.A.B Menteri Besar Selangor) pada 4 April 1995 bertempat diperkarangan perpustakaan.
Dari mula perkhidmatan dijalankan sehingga Dis 2007. Perpustakaan ini telah menerima keahlian yang berdaftar seramai 1334 orang. Ahli Dewasa 405 orang, Ahli Remaja 370 orang dan Ahli Kanak-Kanak 559 orang.
Manakala perangkaan pinjaman buku yang telah direkodkan disepanjang perkhidmatan ialah sebanyak 190212 buah buku. Dari jumlah tersebut 55683 adalah pinjaman Dewasa, 52039 adalah pinjaman Remaja dan 82490 adalah pinjaman Kanak-Kanak.
Pada setiap tahun Perpustakaan Desa Sungai Plong akan membuat satu program aktiviti bagi mengalakkan komuniti datang ke Perpustakaan Desa seperti pertandingan catur, pertandingan harta karun, pertandingan bercerita, pertandingan sahibba dan pertandingan congkak

AKTIVITI KAMPUNG SUNGAI PLONG

Adalah salah satu Aktiviti Belia di Kampung Sungai Plong ada kumpulan kompangnya seramai 25 0rang, mereka selalu mengadakan latihan dari jam 0900 malam hingga 1130 malam pada setiap hujung minggu. Kumpulan ini selalu mendapat jemputan ke majlis kenduri kahwin ataupun ke majlis rasmi, didalam kampung mahupun diluar kampung.










Belia Kampung Sungai Plong selalu membuat aktiviti yang berfaedah seperti gotong royong mengikut zon untuk menceriakan kampung, kenduri kahwin dan berkempen semasa plilihan raya.



















Aktiviti- aktiviti kuam wanita Kampung Sungai Plong selalunya mengikut program ceramah/kelas Agama secara berjadual pada setiap petang hari sabtu dengan penceramah jemputan bertempat dimasjid sungai plong, mereka juga sering kali mengadakan latihan Marhaban dan bacaan yassin. Ahli kumpulan Marhaban seramai 34 orang serta mengikuti bengkel kelas komputer pada setiap hari Ahad bermula dari jam 0230 petang hingga 0430 petang. Mereka juga akan terlibat sama sekiranya ada program gotong royong di Kampung Sungai Plong.








RIADAH

Kampung Sungai Plong hanya mempunyai dua buah Gelanggang Sepak Takraw untuk belia-belia kampung beriadah semasa waktu yang terluang. Memandangkan penduduk kampung sungai plong tidak mempunyai kawasan untuk mendirikan tapak pemainan & gelanggang maka belia-belia-belia kampung akan pergi ke kampung berhampiran seperti di Kampung Paya Jaras.