Khamis, 18 Jun 2009

BENGKEL MOTIVASI UPSR 2009

Program ‘Bengkel Motivasi UPSR 2009’ telah diadakan pada 23 Mei 2009 hari sabtu ianya merupakan program bengkel yang pertama serta julung kali diadakan di Perpustakaan Desa Sungai Pelong dan dalam siri program bengkel yang dianjurkan untuk calon UPSR mulai tahun ini. Program ini akan memberi panduan dan motivasi untuk menghadapi peperiksaan sebenar UPSR.

Matlamat Program ‘Bengkel Motivasi UPSR 2009’

1. Memberi pendedahan kepada calon UPSR tentang teknik pembelajaran yang berkesan.

2. Membina jati diri dan membentuk akhlak para pelajar dan menerapkan nilai-nilai ilmu yang berguna kepada para peserta.

3. Memberi kesedaran kepada pelajar dan melengkapkan diri untuk menghadapi peperiksaan sebenar.

4. Pelajar akan didedahkan dengan teknik-teknik belajar secara betul dan lebih bersistematik.

0 ulasan: