Jumaat, 19 Jun 2009

PADA MUSIM CUTI SEKOLAH

Pada musim cuti sekolah baru-baru ini, Perpustakaan kami mengadakan satu aktiviti bersama komuniti terdiri dari penduduk setempat dan sekitarnya. Aktiviti tersebut adalah membuat Folio yangmana dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori kanak-kanak Folio yang bertajuk ‘Keluargaku’ dan kategori remaja Folio yang bertajuk ‘Permainan tradisional di Malaysia’. Seramai 20 orang peserta dari kategori remaja yang mengambil bahagian dan seramai 15 orang peserta dari kategori kanak-kanak. Seramai 12 orang peserta yang berjaya ke peringkat akhir dan memenangi hadiah yang disediakan.

Tujuan

1. Mengeratkan kasih sayang generasi muda dengan keluarga serta tahu asal usul keluarga mereka.

2. Melahirkan generasi muda tahu akan asal usul permainan tradisional dan tahu bagaimana cara-cara bermain permainan tersebut.

Matlamat

1. Memahirkan kanak-kanak & remaja membina ayat serta mengarang sesuatu cerita.

2. Meningkatkan tahap kecekapan menaip dengan mengunakan komputer dikalangan peserta kanak-kanak & remaja.

3. Meningkatkan kemahiran serta minda dalam mengunakan Internet sebagai salah suatu sumber pencarian maklumat.

4. Dapat mengunakan bahan-bahan yang ada didalam perpustakaan seperti buku rujukan sebagai maklumat penting.

5. Mereka dapat berkongsi maklumat dan berbincang antara satu sama yang lain.

6. Mengeratkan silaturrahim antara mereka.

7. Mendekatkan diri mereka dengan perpustakaan sebagai rumah kedua.

8. Menambahkan lagi keahlian perpustakaan & PPIK.

**Pendaftaran Pertandingan pada Tarikh 01 Jun 2009 sehingga 06 Jun 2009.

Jadual Pertandingan

a. Pada 8 Jun 2009 - Cabutan Undian Tajuk Folio

b. Pada 9 Jun dan 10 Jun 2009 - Mencari maklumat, menaip dan menyiapkan kertas kerja.

c. Pada 11 Jun 2009 - Menyiap, menyemak dan menghantar kertas kerja.

d. Pada 12 Jun 2009 - Memilih 12 kertas kerja terbaik dan penyampaian hadiah.

0 ulasan: