PERTANDINAGN KAROM
TERTUTUP SUNGAI PLONG
ANJURAN UMNO CAWANGAN SUNGAI PLONG
KELAYAKANTerbuka kepada semua penduduk tempatan yang tinggal di sekitar Sungai Plong, Sungai Buloh 47000 Selangor Darul Ehsan.
SISTEM / FORMAT PERTANDINGAN

1. Kejohanan ini dijalankan mengikut undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Persatuan Karom Malaysia.
2. Pertandingan ini dijalankan dalam acara Perseorangan sahaja.
3. Semua perlawanan dijalankan secara Liga di Pusingan

4. Permainan dijalankan set bola merah akan dikeluarkan.
TEMPAT PERTANDINGAN
Dewan UMNO Sungai Plong, Sungai Buloh 47000 Selangor Darul Ehsan.
TARIKH & MASA PERTANDINGAN
Bermula pada 30 Mei 2009 jam 0930 malam hingga 12.00 malam dan bersambungan pada hari yang berikutnya di masa yang sama.
TARIKH TUTUP
Semua borang penyertaan masuk mesti sampai kepada pihak penganjur 28 Mei 2009 iaitu satu hari sebelum hari pengundian pada 29 Mei 2009 jam 09.30 malam.
MELAPOR DIRI / PENDAFTARAN
1. Semua pemain mesti melapor diri di gelanggang permainan ½ jam sebelum perlawanan dimulakan.
2. Masa tambahan 15 minit akan diberikan kepada permainan yang lewat sampai.
Sekiranya permain tidak juga sampai dalam tempoh masa yang diberikan, kemenangan percuma akan diberikan kepada pihak lawan. Jika kedua-dua permain yang bertandingan lewat, kedua-dua akan dikira kalah.
KEPUTUSAN
Selain dari peraturan am di atas, Jawatankuasa Penganjur Pertandingan berhak meminda atau membuat peraturan-peraturan baru atau tambahan jika perlu di sepanjang Pertandingan ini dan keputusan Jawatankuasa Penganjur adalah muktamad.
PENGUNDIAN
Pengundian diadakan pada 29 Mei 2009 jam 09.30 malam di Dewan UMNO Sungai Plong, Sungai Buloh 47000 Selangor Darul Ehsan.

JADUAL PERLAWANAN
Jadual perlawanan akan dipamerkan di Dewan UMNO Sungai Plong.
YURAN PENYERTAAN
RM 3.00 bagi setiap seorang. Yuran mesti diserahkan bersama-sama dengan borang penyerahan masuk.
PERALATAN PERTANDINGAN
Papan Karom dan buah karom disediakan oleh Pihak Penganjur. Buah Pemukul “striker” tidak disediakan, Permain perlu membawanya sendiri.
PENGADIL
Pihak penganjur akan menyediakan pengadil disepanjang pertandingan. Keputusan pengadil adalah muktamad.

HADIAH
Johan - Menerima Piala Pusingan, Medal dan Sijil Penyerataan.
Naib Johan - Menerima Medal dan Sijil Penyertaan.
Ketiga - Menerima Medal dan Sijil Penyerataan.
Keempat - Menerima Hadiah Saguhati dan Sijil Penyertaan.
LAIN-LAIN
Pihak Jawatankuasa Penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan yang berlaku kepada permain-permain sepanjang kejohanan.
“Majulah Sukan Untuk Kampung Kita”
3 ulasan:
selamat menjayakan aktiviti yang sihat ini. Saya salah seorang warga Sg. Buloh mendoakan semoga semuanya berjalan lancar.
Terima kasih
Jammin' Jars Casino: $50 Free With $10 No Deposit
Jars Casino: $50 Free With 계룡 출장샵 $10 전주 출장안마 No 파주 출장안마 Deposit 동두천 출장안마 Bonus 천안 출장샵 Code
Catat Ulasan