Jumaat, 19 Jun 2009

MAXIS CYBERKIDS

Seramai 33 peserta PPIK seluruh Malaysia telah mengikuti Program ini selama 3 hari bermula 13 Jun hingga 15 Jun 2009 bertempat di Hotel Sheaton & Towers, Subang Jaya Selangor.

Sesi gambar beramai-ramai semasa tamat Program Latihan Maxis Cyberkids Bersama Komuniti
Kumpulan 7 yang bergelar nama Kumpulan 3G 1M Red Ants


Disaat ini Kumpulan 3G 1M Red Ants memberi penerangan tentang Aktiviti yang dijalankan di PPIK masing-masing.


Kumpulan 3G 1M Red Ants menerima sijil Penyertaan dari Puan Norlina binti Yunus .

Perasmian Portal Maxis Cyberkids yang di sempurnakan oleh Pengurus Besar, Jabatan Tanggungjawab Korporat, Maxis Communications Berhad.


KLIP VIDEO AKTIVITI PROGRAM

Aktiviti Sepanjang Program Latihan Penyelia Maxis Cyberkids Bersama Komuniti di Hotel Sherayon & Towers, Subang Jaya, Selango pada 13 Jun hingga 15 Jun 2009

video

AKTIVITI PEMUDA KAMPUNG SUNGAI PLONG SEMPENA MUSIM CUTI SEKOLAH JUN 2009

PERTANDINAGN KAROM
TERTUTUP SUNGAI PLONG
ANJURAN UMNO CAWANGAN SUNGAI PLONG
KELAYAKAN

Terbuka kepada semua penduduk tempatan yang tinggal di sekitar Sungai Plong, Sungai Buloh 47000 Selangor Darul Ehsan.

SISTEM / FORMAT PERTANDINGAN

1. Kejohanan ini dijalankan mengikut undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Persatuan Karom Malaysia.

2. Pertandingan ini dijalankan dalam acara Perseorangan sahaja.

3. Semua perlawanan dijalankan secara Liga di Pusingan pertama dan secara kalah mati di pusingan kedua dan pusingan seterusnya.

4. Permainan dijalankan set bola merah akan dikeluarkan.

TEMPAT PERTANDINGAN

Dewan UMNO Sungai Plong, Sungai Buloh 47000 Selangor Darul Ehsan.

TARIKH & MASA PERTANDINGAN

Bermula pada 30 Mei 2009 jam 0930 malam hingga 12.00 malam dan bersambungan pada hari yang berikutnya di masa yang sama.

TARIKH TUTUP

Semua borang penyertaan masuk mesti sampai kepada pihak penganjur 28 Mei 2009 iaitu satu hari sebelum hari pengundian pada 29 Mei 2009 jam 09.30 malam.

MELAPOR DIRI / PENDAFTARAN

1. Semua pemain mesti melapor diri di gelanggang permainan ½ jam sebelum perlawanan dimulakan.

2. Masa tambahan 15 minit akan diberikan kepada permainan yang lewat sampai.
Sekiranya permain tidak juga sampai dalam tempoh masa yang diberikan, kemenangan percuma akan diberikan kepada pihak lawan. Jika kedua-dua permain yang bertandingan lewat, kedua-dua akan dikira kalah.

KEPUTUSAN


Selain dari peraturan am di atas, Jawatankuasa Penganjur Pertandingan berhak meminda atau membuat peraturan-peraturan baru atau tambahan jika perlu di sepanjang Pertandingan ini dan keputusan Jawatankuasa Penganjur adalah muktamad.

PENGUNDIAN

Pengundian diadakan pada 29 Mei 2009 jam 09.30 malam di Dewan UMNO Sungai Plong, Sungai Buloh 47000 Selangor Darul Ehsan.


JADUAL PERLAWANAN

Jadual perlawanan akan dipamerkan di Dewan UMNO Sungai Plong.

YURAN PENYERTAAN

RM 3.00 bagi setiap seorang. Yuran mesti diserahkan bersama-sama dengan borang penyerahan masuk.

PERALATAN PERTANDINGAN

Papan Karom dan buah karom disediakan oleh Pihak Penganjur. Buah Pemukul “striker” tidak disediakan, Permain perlu membawanya sendiri.

PENGADIL

Pihak penganjur akan menyediakan pengadil disepanjang pertandingan. Keputusan pengadil adalah muktamad.


HADIAH

Johan - Menerima Piala Pusingan, Medal dan Sijil Penyerataan.
Naib Johan - Menerima Medal dan Sijil Penyertaan.
Ketiga - Menerima Medal dan Sijil Penyerataan.
Keempat - Menerima Hadiah Saguhati dan Sijil Penyertaan.


LAIN-LAIN

Pihak Jawatankuasa Penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan yang berlaku kepada permain-permain sepanjang kejohanan.


“Majulah Sukan Untuk Kampung Kita”

KLIP VIDEO PERTANDINGAN KAROM TERTUTUP 2009

video

KLIP VIDEO PENYAMPAIAN HADIAH DAN SIJIL PERTANDINGAN KAROM

video

PADA MUSIM CUTI SEKOLAH

Pada musim cuti sekolah baru-baru ini, Perpustakaan kami mengadakan satu aktiviti bersama komuniti terdiri dari penduduk setempat dan sekitarnya. Aktiviti tersebut adalah membuat Folio yangmana dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori kanak-kanak Folio yang bertajuk ‘Keluargaku’ dan kategori remaja Folio yang bertajuk ‘Permainan tradisional di Malaysia’. Seramai 20 orang peserta dari kategori remaja yang mengambil bahagian dan seramai 15 orang peserta dari kategori kanak-kanak. Seramai 12 orang peserta yang berjaya ke peringkat akhir dan memenangi hadiah yang disediakan.

Tujuan

1. Mengeratkan kasih sayang generasi muda dengan keluarga serta tahu asal usul keluarga mereka.

2. Melahirkan generasi muda tahu akan asal usul permainan tradisional dan tahu bagaimana cara-cara bermain permainan tersebut.

Matlamat

1. Memahirkan kanak-kanak & remaja membina ayat serta mengarang sesuatu cerita.

2. Meningkatkan tahap kecekapan menaip dengan mengunakan komputer dikalangan peserta kanak-kanak & remaja.

3. Meningkatkan kemahiran serta minda dalam mengunakan Internet sebagai salah suatu sumber pencarian maklumat.

4. Dapat mengunakan bahan-bahan yang ada didalam perpustakaan seperti buku rujukan sebagai maklumat penting.

5. Mereka dapat berkongsi maklumat dan berbincang antara satu sama yang lain.

6. Mengeratkan silaturrahim antara mereka.

7. Mendekatkan diri mereka dengan perpustakaan sebagai rumah kedua.

8. Menambahkan lagi keahlian perpustakaan & PPIK.

**Pendaftaran Pertandingan pada Tarikh 01 Jun 2009 sehingga 06 Jun 2009.

Jadual Pertandingan

a. Pada 8 Jun 2009 - Cabutan Undian Tajuk Folio

b. Pada 9 Jun dan 10 Jun 2009 - Mencari maklumat, menaip dan menyiapkan kertas kerja.

c. Pada 11 Jun 2009 - Menyiap, menyemak dan menghantar kertas kerja.

d. Pada 12 Jun 2009 - Memilih 12 kertas kerja terbaik dan penyampaian hadiah.

PERATURAN MEMBUAT FOLIO

Kategori Kanak-Kanak

1. Muka Depan:- Tajuk Folio / Nama / Tahun / Tarikh dan Gambar Keluarga.

2. Isi Kandungan:-

a. Biodata diri
b. Gambar keluarga.
c. Latarbelakang keluarga.
d. Mesti lebih dari 200 patah perkataan.

**Sumber maklumat boleh didapati dari keluarga dan buku rujukan di dalam perpustakaan.



















PERATURAN MEMBUAT FOLIO

Kategori Remaja

1. Muka Depan:- Tajuk Folio/Nama/Tingkatan/Tarikh dan Gambar.

2. Isi Kandungan:-

a. Pengenalan
b. Gambar Permainan Tradisional.
c. Latarbelakang dari asal permainan.
d. Bagaimana cara membuat.
e. Cara permainan dimainkan.
f. Mesti lebih dari 300 patah perkataan.

**Sumber maklumat boleh didapati menerusi internet dan dari buku rujukan di dalam perpustakaan.

Tajuk Permainan Tradisonal

Setiap peserta akan di beri satu tajuk permainan tradisonal, ianya dibuat secara cabutan undian. Tajuk-tajuk seperti berikut:-


a. Permainan Bulu Ayam
b. Permainan Jala Itik
c. Permainan Galah Panjang
d. Permainan Batu Seremban
e. Permainan Gasing
f. Permainan Aci Sorok
g. Permainan Konda Kondi


















Khamis, 18 Jun 2009

HADIAH-HADIAH PESERTA

Hadiah yang disediakan dari PPAS dan Sumbangan dari Pengerusi PD Sg Plong (Penyelia PPIK)kepada peserta-peaerta yang berjaya ke peringkat akhir pada 12 Jun 2009 dan juga 5 hadiah bagi Folio paling Kreatif.


















KEPUTUSAN PERTANDINGAN MEMBUAT FOLIO

Pertandingan membuat folio ini di periksa dan diberi markah oleh Cikgu Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Plong pada 11 Jun 2009 jam 02.30 petang.


KLIP VIDEO MEMBUAT FOLIO KATEGORI KANAK-KANAK

video

KLIP VIDEO MEMBUAT FOLIO KATEGORI REMAJA

video

BENGKEL MOTIVASI UPSR 2009

Program ‘Bengkel Motivasi UPSR 2009’ telah diadakan pada 23 Mei 2009 hari sabtu ianya merupakan program bengkel yang pertama serta julung kali diadakan di Perpustakaan Desa Sungai Pelong dan dalam siri program bengkel yang dianjurkan untuk calon UPSR mulai tahun ini. Program ini akan memberi panduan dan motivasi untuk menghadapi peperiksaan sebenar UPSR.

Matlamat Program ‘Bengkel Motivasi UPSR 2009’

1. Memberi pendedahan kepada calon UPSR tentang teknik pembelajaran yang berkesan.

2. Membina jati diri dan membentuk akhlak para pelajar dan menerapkan nilai-nilai ilmu yang berguna kepada para peserta.

3. Memberi kesedaran kepada pelajar dan melengkapkan diri untuk menghadapi peperiksaan sebenar.

4. Pelajar akan didedahkan dengan teknik-teknik belajar secara betul dan lebih bersistematik.

PENDAFTARAN MOTIVASI UPSR 2009

Seramai 54 orang pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Tahun 6 telah menyertai bengkel motivasi UPSR 2009 ini.


















CERAMAH PROGRAM BENGKEL MOTIVASI UPSR 2009

Kaunselor Psikologi Puan Rasida Haji Ramli dari Consultant Razanet & Co Services (M) Sdn. Bhd. sedang asyik memberi ceramah motivasi UPSR kepada peserta.
Ceramah bertajuk :-

1. Apa itu Peperiksaan?
2. Kenapa Takut Perperiksaan?
3. Apa Istimewanya Peperiksaan?
4. Bagaimana Merancang Waktu?
5. Cabaran & Strategi Anda.
6. Matlamat Kejayaan.
7. Sentiasa Cemerlang Di Sekolah.
8. Belajar Di Rumah.













PENYAMPAIAN SIJIL & CENDERAHATI MOTIVASI UPSR 2009

Seramai 54 peserta telah menerima sijil & cenderahati dalam bengkel motivasi UPSR 2009 telah disempurnakan oleh Penyelia PPIK selaku Pengerusi PD Sungai Plong.






KLIP VIDEO MOTIVASI UPSR 2009

video

Rabu, 17 Jun 2009

SAMBUNGAN KLIP VIDEO MOTIVASI UPSR 2009

video

SAMBUNGAN & AKHIR KLIP VIDEO MOTIVASI UPSR 2009

Penyampaian sijil & cenderahati kepada peserta yang mengambil bahagian dalam bengkel motivasi UPSR 2009 telah disempurnakan oleh Penyelia PPIK selaku Pengerusi PD Sungai Plong.

video